Obesiti Dalam Kalangan Remaja Terengganu Semakin Serius, Gaya Pemakanan Jadi Punca Utama

Gaya Hidup

Obesiti Dalam Kalangan Remaja Terengganu Semakin Serius, Gaya Pemakanan Jadi Punca Utama

Masalah berat badan berlebihan dan obesiti dalam kalangan remaja berusia 10 hingga 19 tahun di Terengganu kini semakin membimbangkan.

Memetik laporan Sinar Harian, Pengarah Kesihatan Negeri iaitu Datuk Dr Kasemani Embong berkata, daripada 13,613 remaja yang menjalani saringan kesihatan tahun lalu, seramai 664 didapati mengalami obesiti, 1,689 berdepan masalah berat badan berlebihan, manakala 1,697 pula berada di bawah berat badan ideal.

Advertisement
remaja obesiti

gambar hiasan

Jelasnya, gaya pemakanan antara faktor yang dikenal pasti menyumbang kepada masalah berat badan dalam kalangan remaja.

Gaya pemakanan antara faktor dikenal pasti menyumbang kepada masalah berat badan dalam kalangan remaja seperti mengambil minuman manis dan berlemak berlebihan daripada yang disarankan.

remaja obesiti

gambar hiasan

Difahamkan, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) telah memperkenalkan Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah (HiTS) dan setakat Jun tahun ini, sebanyak 18 sekolah di Terengganu melaksanakan program ini.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

2 months ago

76% Rakyat Terengganu Alami Obesiti, Remaja Paling Membimbangkan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...