“OB Banyak Selesaikan Hutang Peribadi Mereka, 100% Capital Was Mine” – Pemilik Cafe The Ordinary Baker Tampil Beri Penjelasan Isu Saman Adik Beradik

Trending

“OB Banyak Selesaikan Hutang Peribadi Mereka, 100% Capital Was Mine” – Pemilik Cafe The Ordinary Baker Tampil Beri Penjelasan Isu Saman Adik Beradik

 

Pertikaian antara dua syarikat milik adik-beradik, The Ordinary Baker dan Eclairis, mengejutkan ramai apabila ia berakhir di mahkamah. The Ordinary Baker mengambil tindakan undang-undang terhadap Eclairis dengan tuntutan saman bernilai RM1.5 juta.

Advertisement

Putri Nadira dari Eclairis mendedahkan bahawa konflik bermula apabila salah seorang daripada mereka membuat keputusan besar yang menyebabkan tiga lagi pengasas memilih untuk undur diri tanpa mengambil sebarang keuntungan.

Nadira menyifatkan tindakan saman itu sebagai satu pengkhianatan yang menyakitkan kerana melibatkan hubungan kekeluargaan, bukan sekadar perniagaan.

Terbaru, Putri Arshad, pengasas bersama The Ordinary Baker tampil membuat penjelasan panjang lebar di Facebook miliknya hari ini.

Pemilik The Ordinary Baker tampil bersuara 

Menurutnya, syarikat OB dimodalkan sepenuhnya oleh beliau, termasuk membantu menyelesaikan hampir RM100,000 hutang keluarga. Walaupun asalnya berniat berkongsi saham, ia ditangguhkan kerana dua daripada mereka disenarai hitam.

Konflik tercetus selepas adik-beradik meninggalkan syarikat tanpa notis dan menubuhkan perniagaan baru, selain didakwa mengambil data syarikat, aset, dan akses media sosial OB tanpa izin. Beliau juga menolak cadangan membuka cawangan ketiga kerana faktor kewangan, namun disalah tafsir sebagai enggan berkongsi.

Beliau menegaskan saman bukan kerana dendam, tetapi demi mempertahankan periuk nasi lebih 25 staf.

“Saya boleh maafkan apa yang kamu buat pada saya, tapi bila ia libatkan masa depan pekerja, saya kena berdiri untuk mereka.”

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 hours ago

Syarikat Adik-Beradik Saman Menyaman, The Ordinary Baker Tuntut RM1.5 Juta Daripada Eclairis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...