Pelakon, Farid Kamil meluahkan rasa syukur dapat menyambut hari Raya bersama anak lelakinya, Muhammad walaupun tanpa kehadiran isteri, Diana Danielle dan anak perempuan, Nur Aurora.
Bukan itu sahaja, Farid turut berkongsi foto memaparkan momen-momen kemeriahan sambutan hari raya bersama keluarga.
Difahamkan, pelakon berusia 42 tahun itu beraya bersama anak lelaki di kampung halamannya di Alor Setar, Kedah.
Nyatakan 5 perbezaan ketara. Baru sempat upload gambar-gambar Raya. Meriah raya Utara tahun ni.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat telah meluahkan rasa hiba melihat Farid yang hanya dapat membawa seorang sahaja anaknya pulang ke kampung untuk menyambut perayaan.
Sementara itu, isterinya, Diana telah menyambut Aidilfitri bersama anak perempuan mereka, Nur Aurora.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, Diana atau Diana Danielle Danny Beeson dilihat memeluk erat anak perempuannya.
Bagaimanapun, pelakon Imaginur itu telah menutup ruangan komen pada hantaran tersebut.
Terdahulu, Farid dan Diana berdepan kemelut rumah tangga selepas aktres berkenaan memfailkan cerai pada 10 Mac lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.