Mencecah usia 28 tahun pada tangga 24 Februari lalu, Afifah Nasir nyata teruja melihat kejutan yang dibuat oleh ahli keluarganya pada hari istimewa itu.
Bayangakan mneyangka akan disambut oleh keluarga terdekat sahaja namun pelakon wanita itu meluahkan rasa terkejut apabila teman lelakinya turut hadir sekali untuk menyertai majlis tersebut.
View this post on Instagram
Disebabkan menyangka bahawa keeseokannya adalah hari bekerja, Afifah langsung tidak bersedia dan menebak bahawa ia adalah sesi makan kecil-kecilan sahaja pada awalnya.
“Keluarga saya berjaya membuat kejutan hari jadi buat saya. Tak sangka teman lelaki saya akan berada di sana sekali. Apa yang saya fikirkan, hanyalah perjumpaan kecil-kecilan bersama keluarga disebabkan saya bekerja pada keesokan hari dan tak jangka sesuatu yang besar. Oleh itu, saya nampak tak tak bersedia! Terima kasih buat teman lelaki kesayangan dan keluarga untuk semua hadiah dan bunga.”
Sweet betul lihat pasangan ini kan?