“Nyanyilah Menguap Macam Mana Pun, Tetap Dipuji, Juri Auto Pekak Masa Dia Nyanyi” – Netizen Hairan Aliff Aziz Masih Kekal Di ASGV?

Hiburan

“Nyanyilah Menguap Macam Mana Pun, Tetap Dipuji, Juri Auto Pekak Masa Dia Nyanyi” – Netizen Hairan Aliff Aziz Masih Kekal Di ASGV?

Kehangatan program nyanyian popular All Star Gegar Vaganza semakin hangat setelah para peserta yang juga juara bagi edisi sebelum ini mula menunjukkan persembahan yang  semaking menyengat dari minggu ke minggu.

Namun, terdapat komen-komen daripada netizen yang mengatakan ada beberapa ‘star’ yang bertanding sepatutnya pulang lebih awal dan bintang yang selayaknya kekal tidak sepatutnya terkeluar daripada pertandingan itu.

Advertisement

Antara nama yang dipetik netizen adalah penyanyi Aliff Aziz yang dianggap ‘anak emas’ ASGV kerana masih kekal meskipun persembahannya dalam program tersebut hanya ‘biasa’ dan tidak menarik seperti peserta yang lain.

Komen-komen yang ditinggalkan netizen juga ‘boleh tahan’ pedas dan menyakitkan hati sesiapa yang membacanya.

Komen aliff aziz

Aliff Aziz ni, nyanyilah mengupa macam mana pun, tetaplah dipuji, tiba-tiba juri pekak masa dia nyanyi.

Minggu lalu, pentas ASGV menyaksikan penyanyi Ezad Lazim terpaksa meninggalkan pentas setelah mendapat markah terendah manakala juara minggu tersebut disandang oleh Hady Mirza.

Sebelum ini, terdapat kontroversi mengenai pemilihan peserta ke minggu seterusnya oleh juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang yang didakwa berat sebelah dan mempunyai peserta ‘favorite’ mereka di pentas tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

azhar sulaiman
6 months ago

"Axia Pun Sewa RM500 Di Sana" - Pelancongan Langkawi Makin Terjejas, Azhar Sulaiman Cadang Beberapa Idea Untuk Pulih Ekonomi

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...