Kehangatan program nyanyian popular All Star Gegar Vaganza semakin hangat setelah para peserta yang juga juara bagi edisi sebelum ini mula menunjukkan persembahan yang semaking menyengat dari minggu ke minggu.
Namun, terdapat komen-komen daripada netizen yang mengatakan ada beberapa ‘star’ yang bertanding sepatutnya pulang lebih awal dan bintang yang selayaknya kekal tidak sepatutnya terkeluar daripada pertandingan itu.
Antara nama yang dipetik netizen adalah penyanyi Aliff Aziz yang dianggap ‘anak emas’ ASGV kerana masih kekal meskipun persembahannya dalam program tersebut hanya ‘biasa’ dan tidak menarik seperti peserta yang lain.
Komen-komen yang ditinggalkan netizen juga ‘boleh tahan’ pedas dan menyakitkan hati sesiapa yang membacanya.
Aliff Aziz ni, nyanyilah mengupa macam mana pun, tetaplah dipuji, tiba-tiba juri pekak masa dia nyanyi.
Minggu lalu, pentas ASGV menyaksikan penyanyi Ezad Lazim terpaksa meninggalkan pentas setelah mendapat markah terendah manakala juara minggu tersebut disandang oleh Hady Mirza.
Sebelum ini, terdapat kontroversi mengenai pemilihan peserta ke minggu seterusnya oleh juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang yang didakwa berat sebelah dan mempunyai peserta ‘favorite’ mereka di pentas tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.