February 12th, 2018

Mula dikenali ramai menerusi aplikasi popular Smule, nama Wany Hasrita boleh dikatakan semakin popular apabila single pertamanya Menahan Rindu mendapat sambutan yang baik sehingga beliau layak ke pentas AJL 32. Malah, ada sesetengah peminat yang menjangka beliau bakal menjuarai AJL tahun ini.

Walaubagaimanapun, persembahan Wany semalam tidak seperti yang diharapkan. Ada yang mengatakan suaranya sumbang. Netizen turut berpendapat Wany terlalu fokus kepada drama semasa persembahan tersebut berbanding nyanyiannya.

Bukan mudah untuk bakat baru membuat persembahan secara live di pentas besar seperti AJL. Tentu ada perasaan gementar bukan? Cuba kalau kita yang nyanyi, ketaq tak lutut tu? Hehe..

Kredit Video : YouTube TV3 Malaysia Official


41 responses to “Nyanyian Wany Hasrita Dikritik Sumbang, Terlalu Fokus Berlakon”

  1. fieza abdullah says:

    dia ni kalo menyanyi..”u” akan jadi”o”..cer korang dengar..contoh “rindu” akan jadi rinduuuu…oooo (hujungnya)..x pyh nk tambah2 la harita weiii..penat..simple dh cukup bagus

  2. Bob Barli says:

    Kesian.. lepas AJL terus kena kutuk. WH ni bukan artis yang jenis menyanyi high pitch. Tone suara pon sama je, tak pelbagai. Suara dia hanya mendayu2 je. Susah sikit la nak bertanding dalam AJL. Kalau nak jgk sahut cabaran, memang WH kena work really2 hard to find her strength despite the weakness. Rupa/education tu package la kalo nk menang anugerah cap ayam..

    • anon says:

      kalau live dia mendayu ok juga ..ni dah macam mendayung sampan terncungap2 ..huhu

    • Anonymous says:

      betul tu anon aku setuju, aku suka jgk la si wany ni tapi lepas dgr dia nyanyi live dkt AJL adoiiii…lain benau bunyi nye. Tak sama lunak mcm dekat radio tu hahahahaha. Pi nyanyi smule jela wany oi wakakakakakakak :)

    • liya says:

      Laaaa..kadang kadang kita memang buat silap..kita kan manusia.jadi tak paya la nak kecam lebih lebih okey.aku ni pun tak minat sangat ngan wany sebab kadang dia macam gedik gedik tapi tak apa la saya tau semua manusia buat silap kannn….

  3. Anggerik says:

    hmm,, wany hasrita byk sgt ubah lenggok nyanyi lagu tu..tp x brpe menjadi n sedap mcm asal..
    x all out.. suara mcm x lepas..
    tapi maybe sbb gugup.. good luck wany.. cuba lg len kali

  4. anon says:

    khai bahar dgn wani hasrita ni dah bleh lah cari kerja lain
    kalau live pun kelauts
    masa rekording ” bayang ” tu mcam ada gemersik angin
    masa live bukan gemersik angin yang keluar..kelainn pulak bunyik nyaa ..
    hahahahahahh

  5. Anonymous says:

    mmg tak best mcm sesak nafas.. dia takut kot

Loading...