Baru sahaja melancarkan single terbarunya berjudul Vroom Vroom, penyanyi Nabila Razali menerima pelbagai komen daripada netizen.
Namun, baru-baru ini Nabila menerusi akaun Twitternya meluahkan rasa kesal terhadap sikap sesetengah netizen yang mengkritik nyanyiannya menggunakan perkataan kasar. Antara kata-kata netizen ialah Nabila tidak layak bergelar penyanyi kerana suaranya macam bodoh dan sumbang.
Bukan tidak boleh menerima kritikan tetapi biarlah teguran itu dibuat secara baik agar dapat lagi membantu beliau memperbaiki kelemahannya.
Kadang-kadang saya sedih juga tengok netizen yang komen dengan perkataan-perkataan kesat dan kasar ini. Bila buka IG mereka, muka baik dan ada keluarga. Tapi menggunakan bahasa kesat untuk kecam orang.
Saya tak kisah dengan kritikan dan boleh terima komen negatif. Kalau tak boleh terima lebih baik saya tak jadi penyanyi kan. Ni kata suara macam bodoh. Tapi suara bodoh tu macam mana? Kalau kata suara saya sengau boleh la saya perbetulkan jadi lebih baik.
Biarpun dikecam, Nabila bagaimanapun ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong lagu barunya itu dan bersyukur ia sudah menjadi trending nombor tiga di YouTube selepas seminggu dilancarkan.