Nyanyian Merdu Pemuda Buta Dari Filipina Ini Berjaya Menarik Perhatian Sam Smith Di Media Sosial

Trending

Nyanyian Merdu Pemuda Buta Dari Filipina Ini Berjaya Menarik Perhatian Sam Smith Di Media Sosial

Kalau anda pengguna media sosial Twitter, pastinya ada yang pernah melihat video yang tengah viral kini tentang nyanyian seorang pemuda di sebuah kedai elektronik. Sehinggakan, nyanyian pemuda buta ini berjaya menarik perhatian penyanyi sebenar lagu tersebut iaitu Sam Smith menerusi akaun Twitter miliknya.

Nyanyian lagu asal daripada Sam Smith berjudul “Too Good At Goodbyes” oleh pemuda ini dirakamkan oleh orang awam yang turut berada di kedai elektronik itu. Tertarik dengan nyanyian pemuda itu, Sam Smith sendiri telah berkongsikan video itu di akaun Twitter miliknya.

Advertisement

Menerusi ruangan komen, beberapa netizen mendedahkan identiti sebenar pemuda ini yang dikenali sebagai Carlmalone Montecido yang berasal daripada Filipina. Pemuda cacat penglihatan ini sememangnya terkenal di Filipina dengan bakat nyanyiannya itu. Sebelum ini juga, dia pernah menyertai satu program realiti di Filipina pada tahun 2016.

Advertisement

Memandangkan kini dia kembali menjadi bualan hangat di media sosial, netizen turut berkongsikan akaun YouTube milik pemuda ini yang sering memuatnaik video nyanyiannya di sana. Video nyanyian lagu Sam Smith di kedai elektronik itu kini mendapat lebih 9 juta tontonan di media sosial.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...