September 3rd, 2020

Meskipun sering saja dikritik kerana gagal menyampaikan lagu secara baik terutamanya ketika melakukan persembahan secara langsung, penyanyi Nabila Razali nampaknya dipuji netizen apabila tampil menyanyikan lagu Peluang Kedua secara ‘live’ ketika hadir dalam program MeleTop baru-baru ini.

Dia yang menyanyikan lagu hits tersebut dengan hanya bertemankan alunan gitar ternyata telah mencuri perhatian netizen yang rata-rata memuji Nabila kerana tampil lebih baik membawakan lagu berkenaan.

Video nyanyian Nabila yang boleh dilihat menerusi akaun MeleTop di Youtube itu dihujani kata-kata pujian netizen terhadap kualiti vokal dan cara persembahan Nabila ketika bersiaran langsung.

Meninjau ruangan komen, ada warganet memberi komen pengawalan suara penyanyi dan pelakon itu lebih baik dan telah menunjukkan banyak perubahan jika dibandingkan dengan dahulu.

Tidak kurang juga ada yang masih mengkritik mengatakan Nabila seolah masih malu melontarkan suara meskipun mempunyai potensi dan bakat yang terpendam. Dalam pada itu,sesetengah netizen berharap lagu Peluang Kedua yang menjadi siulan masyarakat ketika ini dapat menempah tempat dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) nanti.

Sumber: Roti Kaya


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...