Tidak dinafikan, program pertandingan nyanyian Gegar Vaganza (GV) yang kini sudah memasuki musim ke-7 sering saja mendebarkan peminat dan penonton setiap minggu apabila artis kesayangan tampil berentap sesama sendiri.
Ahad lalu, pusingan separuh akhir GV7 telah menyaksikan tiada artis yang tersingkir dan kesemua mereka akan bertanding untuk pusingan akhir yang dijangkan berlangsung pada minggu hadapan.
Namun yang menarik perhatian adalah apabila pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang telah membuat satu ciapan di ruangan Twitter miliknya yang mengkritik cara nyanyian Noraniza Idris pada malam itu.
Noraniza Idris atau lebih mesra disapa sebagai Kak Ani telah menyampaikan lagu Bollywood iaitu Chaiyya Chaiyya nyanyian asal Sukhwinder Singh dan Sapna Awasthi yang juga lagu latar untuk filem Hindi, Dil Se.
Menurut Michael Ang, nyanyian Kak Ani pada malam semalam kurang memuaskan dan tidak mencapai standard yang diinginkan.Selain Kak Ani, pengarah sensasi itu turut memberi komen sepatah dua kata terhadap peserta lain seperti Ashira.
Netizen turut memberi reaksi yang pelbagai di atas kritikan Michael Ang itu. Difahamkan, markah Noraniza Idris juga antara tiga terendah pada pusingan separuh akhir itu apabila dia hanya memperoleh 55.10 peratus bagi markah keseluruhan.

hampeh
December 8, 2020 at 9:39 am
masa kak ani perform lagu wany hasrita pun burok =((
anonymous
December 7, 2020 at 2:43 pm
Setuju dgn Mr Ang ,GV paling mengarut dlm sejarah GV patutnya dah disingkirkan awal lagi sgt tak adil utk peserta sebelum ini yg lebih baik .tuan punya badan punn tak tau malu ka ,tak kan la kau tak perasan kau jauh teruk dari yg lain….. dah boleh dah tarik diri kalau kau ada maruah la walaupun tok ram dan tok kat ‘back up’ kesian kan kau…..memalukan,sampai bila2 pun org akan ingt kau tak leh nyanyi
mike ko tau komplen je!
December 7, 2020 at 2:37 pm
to mike. kang klu kak ani tu buat suare nyaring lari plk ko. klu tgh bikin filem skli pun mmg gune suare latar nyaring2 tu. rse mcm panas telinge ble nyanyi suare nyaring2 ni klu tgh live. apo la.
Anonymous
December 7, 2020 at 1:52 pm
kak Ani dan linda mmg x best betul mlm tadi. linda boleh pulak lepas awal2. padahal nyanyi lagu anak xde feel langsung. kak ani ni aku igt bolehlah kot tersingkir mlm td, sekali tu cliff pulak yg last place…. hmmm.