Tidak dinafikan, program pertandingan nyanyian Gegar Vaganza (GV) yang kini sudah memasuki musim ke-7 sering saja mendebarkan peminat dan penonton setiap minggu apabila artis kesayangan tampil berentap sesama sendiri.
Ahad lalu, pusingan separuh akhir GV7 telah menyaksikan tiada artis yang tersingkir dan kesemua mereka akan bertanding untuk pusingan akhir yang dijangkan berlangsung pada minggu hadapan.
Namun yang menarik perhatian adalah apabila pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang telah membuat satu ciapan di ruangan Twitter miliknya yang mengkritik cara nyanyian Noraniza Idris pada malam itu.
Noraniza Idris atau lebih mesra disapa sebagai Kak Ani telah menyampaikan lagu Bollywood iaitu Chaiyya Chaiyya nyanyian asal Sukhwinder Singh dan Sapna Awasthi yang juga lagu latar untuk filem Hindi, Dil Se.
Menurut Michael Ang, nyanyian Kak Ani pada malam semalam kurang memuaskan dan tidak mencapai standard yang diinginkan.Selain Kak Ani, pengarah sensasi itu turut memberi komen sepatah dua kata terhadap peserta lain seperti Ashira.
Netizen turut memberi reaksi yang pelbagai di atas kritikan Michael Ang itu. Difahamkan, markah Noraniza Idris juga antara tiga terendah pada pusingan separuh akhir itu apabila dia hanya memperoleh 55.10 peratus bagi markah keseluruhan.