Nyah Kacak Memakai Baju Melayu Dan Tomboi Manis Bertudung Semasa Pasangan Ini Berkahwin

Kehidupan

Nyah Kacak Memakai Baju Melayu Dan Tomboi Manis Bertudung Semasa Pasangan Ini Berkahwin

Perkahwinan adalah satu ikatan yang sah diantara seorang lelaki dan seorang wanita. Di dalam agama Islam syarat sah untuk bernikah perlu ada pengantin perempuan, pengantin lelaki, wali dan juga saksi.

Jika semua lengkap maka sahlah sesebuah perkahwinan itu. Beberapa hari lepas telah tular di laman sosial gambar perkahwinan lelaki perwatakan wanita menikah dengan pengantin perempuan berperwatakan lelaki(tomboy). Perkahwinan ini berlaku di Sabah dan direstui oleh keluarga mereka.

Advertisement

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh adik pengantin yang dikenali sebagai Alonk BoySalleh, kakaknya yang juga seorang wanita berperwatakan lelaki telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang jejaka ‘lembut’ yang memang berpakaian seolah-olah wanita.

Namun kedua-dua pasangan telah kembali semula ke fitrah asal mereka sebagai lelaki dan wanita semasa melangsungkan perkahwinan mereka.

Jika anda lihat sang pengantin lelaki yang menggunakan nama Pyeah Sandha sangat kacak mengenakan baju lelaki dan isterinya yang dikenali sebagai Chuck Chit di Facebook manis bertudung dan nampak sangat cantik.

Walau bagaimanapun, rakan-rakan daripada mereka turut mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan tersebut. Perwatakan mereka yang ‘tertukar’ itu menyebabkan ia kelihatan pelik dan membuatkan sesetengah pihak sukar memahami keadaan tersebut. Apa-apa pun selamat pengantin baru.

Kita sebagai manusia perlu memberi sokongan moral kepada mereka untuk berubah dan mempunyai zuriat sendiri  pada masa hadapan.

Jangan mudah menilai seseorang dan bersikap negatif.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...