Nvidia Memperkenalkan BioNeMo, Platform Kecerdasan Buatan Terbesar Bagi Tujuan Penyelidikan Genetik

Teknologi

Nvidia Memperkenalkan BioNeMo, Platform Kecerdasan Buatan Terbesar Bagi Tujuan Penyelidikan Genetik

Pembuat cip AI, Nvidia, bersama rakan penyelidik mereka,  dilaporkan telah mencipta satu sistem kecerdasan buatan (AI) terbesar setakat ini bagi tujuan penyelidikan biologi untuk mempercepatkan penemuan dalam bidang perubatan dan genetik.

Sistem AI baharu ini, yang dinamakan Evo 2, boleh membaca dan merancang kod genetik merentasi semua bentuk kehidupan.

Advertisement

nvidia ai

Para saintis mempunyai harapan tinggi bahawa teknologi AI ini akan mempercepatkan penyelidikan secara dramatik dengan mengenal pasti pola-pola dalam jumlah data yang sangat besar yang biasanya memerlukan bertahun-tahun untuk dianalisis secara manual.

Sistem ini ‘belajar’ daripada hampir 9 trilion data maklumat genetik yang diambil daripada lebih 128,000 organisma berbeza, termasuk bakteria, tumbuhan, dan manusia.

Dalam ujian awal, ia dengan tepat mengenal pasti 90% mutasi berbahaya yang berpotensi dalam BRCA1, gen yang dikaitkan dengan kanser payudara.

Para saintis berkata ini dapat membantu membangunkan rawatan yang lebih tepat, termasuk terapi gen yang hanya menyasarkan sel-sel tertentu. Model ini dibina menggunakan 2,000 pemproses Nvidia H100 pada infrastruktur awan Amazon.

Dibangunkan bersama Institut Arc dan Universiti Stanford, Evo 2 kini tersedia secara percuma kepada saintis di seluruh dunia melalui platform penyelidikan BioNeMo Nvidia.

“Dengan Evo 2, kami menjadikan reka bentuk biologi sistem kompleks lebih mudah diakses oleh para penyelidik.” kata Brian Hie selaku pembantu pensyarah di BioNeMo Nvidia.

framework

Selain dalam bidang perubatan, penyelidik percaya teknologi ini dapat membantu mencipta tanaman yang lebih tahan terhadap perubahan iklim dan membangunkan cara baharu untuk menguraikan pencemaran.

Projek ini menggabungkan kuasa pengkomputeran Nvidia dengan Institut Arc, sebuah pusat penyelidikan ‘non profit’ yang ditubuhkan pada 2021 dengan pembiayaan sebanyak US$650 juta.

Institut ini bekerjasama rapat dengan Stanford, UC Berkeley, dan UC San Francisco untuk menangani cabaran saintifik jangka panjang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

21 hours ago

Negara Asia Sudah Pakai Terlalu Lama, Pakar Microsoft Terpegun Lihat Kaunter Pembayaran Guna RFID

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : FMT

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...