Nurul Syuhada Nurul Ain Mohon Maaf Kepada Penduduk Bintulu

Hiburan

Nurul Syuhada Nurul Ain Mohon Maaf Kepada Penduduk Bintulu

Tahukah anda bahawa penduduk Bintulu telah pun melahirkan rasa tidak puas hatinya kepada Nurul Syuhada Nurul Ain baru-baru ini. Puncanya ialah apabila Nurul Syuhada telah menggunakan perkataan “daif” ketika membuat liputan di Bintulu sempena Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos yang lalu. Penduduk Bintulu yang tidak berpuas hati telah menggunakan saluran Facebook dan Twitter meminta agar Nurul Syuhada memohon maaf.

bintulu nurul syuhada

Advertisement

Untuk makluman, Nurul Syuhada seperti gambar di atas telah pun melahirkan rasa maafnya kepada sesiapa yang terasa atas kekhilafannya itu. Seperti yang kita semua ketahui, kalau siaran langsung memang biasa jika ada tersilap cakap dan sebagainya. Jadi kepada penduduk Bintulu, maafkanlah Nurul Syuhada. Nurul Syuhada turut membuat penjelasan menerusi Facebooknya.

bintulu nurul syuhada

Diharap dengan penjelasan panjang lebar dan permohonan maaf daripada Nurul Syuhada ini, tiada lagi pihak yang membesarkan cerita ini. Abang Nara dengar-dengar penduduk Bintulu memang pemaaf orangnya. Semoga tiada lagi insiden sebegini yang akan berlaku di masa hadapan. Tabik kepada Nurul Syuhada yang bersedia mengakui kesilapannya tanpa rasa malu dan segan.

bintulu nurul syuhada

P.S: Jualan murah sempena Aidilfitri daripada Gudang.My untuk telekung sulam yang didatangkan khas dari Bandung. Kualiti dijamin awesome. Dapatkannya hari ini juga kerana stok amatlah TERHAD. Klik sini untuk membuat tempahan anda sekarang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...