January 23rd, 2014

Sekali sekala bercerita mengenai selebriti daripada dunia politik Malaysia apa salahnya kan? Lagipun ini bukan sebarang ahli politik, tetapi Nurul Izzah Anwar Ibrahim yang merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai. Kejelitaannya satu ketika dahulu pernah menjadi dambaan ramai jejaka (ok ayat poyo) namun  Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim telah berjaya menjadi Nurul Izzah sebagai isterinya.

nurul izzah mohon cerai

Hari ini kita dikejutkan dengan berita permohonan cerai secara fasakh oleh Nurul Izzah terhadap suaminya. Permohonan ini telah difailkan pada penghujung Disember 2013 di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. Hasil perkahwinan, Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir telah dikurniakan 2 cahaya mata. Namun menerusi laman Twitter, Nurul Izzah telah menafikan berita ini apabila ditanya oleh salah seorang “follower”nya.

nurul izzah mohon cerai

Raja Ahmad Shahrir dikatakan membantah tuntutan yang dibuat oleh Naib Presiden PKR itu.vSebutan kes tersebut akan didengar semula pada 8 Februari depan dan dikatakan tiada persefahaman merupakan alasan yang diberikan oleh Nurul Izzah ketika membuat tuntutan cerai secara fasakh.

nurul izzah mohon cerai

Difahamkan sebutan kes penceraian sepatutnya pada 20 Januari lepas (Isnin) namun, Raja Ahmad Shahrir dikatakan memohon supaya sebutan tersebut ditangguhkan selama dua minggu. Sama-samalah kita nantikan perkembangan kes ini. Info asal AstroAwani.

fareeda


Comments are closed.

Loading...