Nurul Izzah Anwar Tidak Setuju Polis Geledah Dan Serbu Rumah Najib Razak Pada Awal Pagi

Trending

Nurul Izzah Anwar Tidak Setuju Polis Geledah Dan Serbu Rumah Najib Razak Pada Awal Pagi

Pernah melalui pengalaman menjadi “mangsa” serbuan awal pagi di rumahnya satu ketika dahulu, Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menerusi akaun Twitternya meluahkan rasa kesal  dan mengkritik pemilihan waktu pihak polis yang tidak sesuai ketika menggeledah kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Advertisement

Sebagai bekas mangsa geledah polis pada awal subuh, saya tidak bersetuju terhadap tindakan menggeledah mana-mana kediaman pada waktu awal pagi dan tidak bersesuaian. Nurul Izzah berpendapat, setiap tuduhan ataupun siasatan haruslah dilakukan dengan bijak dan secara berhemah.

Terdahulu, kediaman peribadi Najib yang terletak di Langgak Duta telah diserbu oleh pihak polis sejurus selepas beliau pulang daripada menunaikan solat tarawih yang pertama sebelum tibanya bulan Ramadhan pada malam Rabu lalu.

Hasil siasatan, pihak polis dapat merampas tiga kotak berisi beg tangan, pakaian serta hadiah milik bekas perdana menteri itu untuk dijadikan sebagai bahan bukti. Walaubagaimanapun, tiada sebarang dokumen yang dirampas.

Kredit Foto : Malaysiakini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...