Pasangan Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid dan suaminya Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff hari ini, didenda RM800 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret Putrajaya kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pasangan itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan serentak oleh jurubahasa mahkamah.
Mereka didakwa di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 kerana melakukan pergerakan tanpa kebenaran.
Nurul Hidayah sebelum ini teruk dikecam netizen kerana memuat naik gambar di Instagram miliknya mengenai pertemuan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Ahmad Masrizal Muhammad di pejabat masing-masing.
View this post on Instagram
Nurul Hidayah dan suaminya dikatakan melanggar arahan PKP kerana keluar berdua, serta dituduh menyalahgunakan kedudukannya sebagai anak kenamaan.