Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Nursuhaila Pernah Ditampar Ibunya Sendiri – Jimmy Shanley

Satu demi satu perkara yang terjadi di dalam rumah tangga Jimmy Shanley dan isterinya, Nursuhaila terbongkar di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam. Semalam, Jimmy memberitahu mahkamah yang Nursuhaila pernah ditampar oleh ibunya sendiri kerana tidak tahan dengan sikap dan perangai anaknya itu.

suhaila

Advertisement

Selepas kejadian menampar tersebut, ibu mertua Jimmy Shanley menghubungi Jimmy kerana telah lari dari rumah dan ingin tumpang tidur. Dan pada 4 Oktober 2011, Jimmy telah bertemu dengan Suhaila selepas ibu mertuanya memaklumkan yang Suhaila ingin bertemu dengannya. Kata Jimmy:-

Menurut ibu mentua, isteri nak jumpa saya untuk minta cerai dan memujuk ibunya pulang ke rumah. Pada 4 Oktober 2011, isteri datang ke rumah saya meminta maaf dan minta cerai serta tidak mahu kes ini berpanjangan.

Bagaimanapun, Jimmy berkata dia hanya mendengar saja penjelasan Nursuhaila.

Pada prosiding semalam juga, Jimmy tidak menafikan dia pernah bertunang dengan orang lain, namun pertunangan itu putus sebelum dia bertunang dengan Nursuhaila.

Jimmy juga memberitahu tiada benda milik Nursuhaila yang dia ambil dan perlu dipulangkan ketika merujuk khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Nursuhaila kepadanya berbunyi ‘Bagi balik harta benda I dan tinggalkan I’.

“Tidak ada benda dia yang saya ambil kecuali kereta yang ibu bapa dia beri untuk pergi kerja,” katanya.

Prosiding akan bersambung pada 19 Julai nanti. Makin lama makin complicated Abang Nara tengok kes ini. Semoga segalanya dipermudahkan. Kredit info Harian Metro.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

173 Comments

  1. Mat aron najis

    May 16, 2012 at 9:55 pm

    Jimmy ko bagi je kat aku bini ko tu seminggu,bior aku “rotan” dgn kayu ni,misti baik punyyyaaa….

  2. Minah tonggeng

    May 16, 2012 at 5:52 pm

    Jimi panas baran. Suhaila kepala batu. Berpisah lagi baik. Cuma… Kesian anak mereka. Beri aku bela. Takut nanti masing 2mendera anak pulak. Macam ibu dera anak di sepang. Kah3. Masa kawin nak pilih yg cantiklah yg handsome lah yg kaye lah artis lah ..cari isteri atau suami yg soleh atau solehah. Tengok zaman ibu dan bapa kita. Ramai yg hidup bahgia dan aman damai. Mendalami agama islam sebaik2 nye.Hidup org dulu taklah kaye sgt tapi bahgia.

  3. sazlinasji

    May 16, 2012 at 5:13 pm

    jimmy jimmy..bagus layan cta Timmy Time dari tengok cta korang yang x sudah sudah.. Apapapun,apa yang belaku,semua ada hikmah di sebaliknya,Allah xkan bagi sesuatu ujian kalo kita xmampu nak menghadapi nya..
    lalalalalalala….(nyanyi ikut rentak irama pop yeh yeh)

  4. Angel Teukie

    May 16, 2012 at 4:20 pm

    Nape mak dia lari ke rumah Jimmy?? Bapak dia tak ade ke? Pelik ni…

  5. anon

    May 16, 2012 at 4:11 pm

    abg nara..xperlu kot nk kuar kn cite umh tangge org mcm ni.. bukan aib suami isteri je… sume kt mahkamah tu adalah prosiding biasa bg penceraian.. cuma media x perlu lah nk heboh2 … klau nk hebohkan pun, last keputusan bru la cite..ni satu2 nk kuarkn 1Mlaysia..hemm

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top