Susulan dari tweet oleh pereka fesyen Nurita Harith tentang Neelofa yang didakwanya tidak menghormati orang lain dan tidak profesional, wanita itu mendakwa tidak mahu memperbesarkan isu tentang Neelofa apabila enggan mengulas mengenai dakwaannya itu ketika dihubungi oleh portal Murai.
Nurita yang membataskan akaun Twitternya kepada ‘peribadi’ juga mahu orang ramai memahami keadaannya sekarang.
Nurita sebelum itu telah menulis di Twitter yang beliau tidak mahu bekerjasama dengan Neelofa lagi dan beliau juga dikatakan turut meminta agar seorang kawannya tidak menampilkan Neelofa dalam majalah GLAM melalui Twitter.
Pereka itu dikatakan bekerjasama dengan Neelofa untuk iklan mandian Johnson dan Johnson. Pakaian rekaan Nurita juga dijual di laman sesawang fesyen yang terkenal milik jelitawan Vivy Yusof, Fashion Valet di mana Neelofa berperanan sebagai duta.
Berkemungkinan perkara ini akan mati di sini saja memandangkan kedua-dua pihak tidak berminat untuk mengeluarkan kenyataan lanjut.
Begitu pun, pada pendapat kami mengeluarkan kenyataan negatif tentang orang lain di laman sosial juga ialah perbuatan tidak profesional.
Apa pun, nasi telah menjadi bubur. Semoga keduanya mendapat pengalaman dan pengajaran dari apa yang berlaku.