Pempengaruh media sosial, Nurin Alisa tampil memberikan penjelasan selepas videonya ketika membayar zakat fitrah tular dan menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.
Menerusi hantaran di TikTok, Alisa menjelaskan bahawa pada hari kejadian tersebut dia hanya ingin mendapatkan kepastian mengenai tanggungjawab membayar zakat fitrah untuk anaknya.
Menurutnya, dia bertanya kepada amil zakat kerana tidak pasti mengenai perkara tersebut dan merasakan individu itu lebih arif untuk memberikan penerangan.
Bagaimanapun, Alisa kemudiannya merujuk seorang ustaz bagi mendapatkan penjelasan yang lebih jelas mengenai perkara tersebut. Menurutnya, berdasarkan penerangan yang diterima, zakat fitrah anak tetap perlu ditunaikan.
“Saya sudah rujuk ustaz, ustaz kata kalau saya atau bekas suami tak bayar, anak kami takkan tertunai kewajipan zakat fitrahnya.”
“Ia akan menjadi hutang yang dipanggil qada. Kalau tahun ini tak bayar, tahun depan kena bayar..tetap kena bayar.”
“Sudah dua tahun saya bayar. Sesusah-susah saya, itu adalah nafkah semestinya saya nak kewajipan anak tertunai sebab ia mensucikan diri, membantu orang-orang miskin. Jadi, saya nak buat sedaya upaya untuk anak.”
Dalam masa sama, Alisa turut meluahkan rasa kesal apabila tindakannya itu disalah tafsir oleh segelintir pihak di media sosial.
Dia turut menjelaskan bahawa sebelum ini dia sudah cuba menghubungi bekas suaminya bagi membincangkan perkara tersebut, namun tidak berjaya.
@bullisa Replying to @Nana ? perlu bayar juga and Amil tu tksalah pon
“Apa yang amil zakat cakap tu betul. Saya cuba hubungi bekas suami dan warisnya tak dapat. Ustaz itu kata, kita boleh menganggap dia mati. Oleh itu, menjadi kewajipan untuk penjaga anak membayar zakat.”
Terdahulu, video tersebut mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet apabila Alisa dilihat bertanya secara langsung kepada amil zakat mengenai status tanggungjawab bayaran zakat fitrah anaknya berbanding bekas suaminya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

