Nurflix Laman Penstriman Video Patuh Syariah Pertama Di Malaysia Bakal Diumum Tidak Lama Lagi

Trending

Nurflix Laman Penstriman Video Patuh Syariah Pertama Di Malaysia Bakal Diumum Tidak Lama Lagi

Laman penstriman video semakin mendapat sambutan hangat daripada pengguna lagi-lagi semenjak dunia dilanda wabak COVID-19. Pengguna dapat menstrim video hanya menggunakan telefon, komputer dan tablet sahaja di rumah tanpa perlu keluar menonton di panggung wayang.

Antara laman penstriman yang cukup popular di Malaysia ialah Netflix, Viu, iFlix dan Astro Go. Tetapi kini dikhabarkan, terdapat satu laman penstriman video yang baru bakal diperkenalkan dinamakan Nurflix. Menariknya, Nurflix merupakan laman penstriman video patuh syariah yang pertama di Malaysia.

Advertisement

nurflix

Nurflix diasaskan oleh Brader Shah dari kumpulan The Brothers yang merupakan platform media yang patuh aqidah dan syariah. Bukan sahaja daripada bentuk drama yang dipaparkan malah merangkumi proses pembikinan sehinggalah penerbitan.

Ianya akan dijaga oleh satu majlis yang memantau dari sudut aqidah & syariah iaitu NURPATH dibawah Penasihat Utama iaitu Habib Ali Zaenal Abidin al Hamid, diketuai oleh Ustaz Raja Ahmad Mukhlis dan dilaksanakan oleh para asatizah.

Sementara itu, bahagian penerbitan dan produksi dihubungkan melalui The Brothers dan Abang Farihin iaitu bekas pengurus Raihan yang menjadi jambatan kepada Nurpath. Drama yang dihasilkan juga akan dijaga kualiti cinematography sebagaimana penonton melihat kualiti iklan-iklan seperti iklan raya dan sebagainya iaitu kualiti drama yang berkualiti cinematography filem.

Mesej utama yang ditekankan ialah adab dan akhlak yang menjadikan Nurflix berbeza dengan yang lain.

nurflix

Difahamkan juga, terdapat beberapa pengkelasan penonton iaitu umum, wanita, asatizah dan kanak-kanak. Manakala, jika ada yang menipu dengan menggunakan akaun wanita sedangkan dirinya adalah jantina yang berlawanan, itu adalah tanggungjawab sebagai penonton. Memandangkan Nurflix sudah usahakan pilihan yang sebaik mungkin kepada para penonton.

Seperti Netflix dan beberapa laman penstriman video yang lain, Nurflix juga berkonsepkan VOD (Video On Demand). Pada hujung tahun lalu juga, laman penstriman Aflix dikhabarkan bakal menjadi laman penstriman pertama di dunia yang menghasilkan kandungan hiburan beretika. Tetapi sehingga kini, tiada sebarang perkembangan lanjut diumumkan.

Artikel berkaitan: Netizen Kecam Tindakan Finas Tapis Filem Netflix, Kini Kecoh Kemunculan Aflix

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...