Sedang berada di Bangkok, Thailand, pengasas kosmetik Nur Sajat masih tetap mencetuskan kontroversi hangat.
Menerusi muat naik terbaru di Instagram, Sajat juga membawa beberapa pekerja beliau ke negara itu untuk mendapatkan rupa baru bersempena tahun baru 2019.
Rupa-rupanya Sajat menaja beberapa orang pekerja terbaiknya untuk ‘makeover’ memancungkan hidung. Wah, hadiah yang cukup ‘rare’ daripada seorang majikan.
Tentu sekali apa yang dimuat naik oleh Sajat itu mendapat pelbagai reaksi dan kritikan daripada netizen.
Haram ubah ciptaan Allah SWT, tidak perlu ajak orang lain buat dosa
Trend mengubah wajah ini bukanlah baharu, malah di Thailand memang ada beratus klinik yang menawarkan pembedahan plastik untuk mereka yang mahukan rupa paras lebih cantik dengan kos yang agak murah. Apa-apa pun, semuanya terpulang kepada kehendak masing-masing, siapalah kita untuk menentukan kemahuan seseorang itu. Apa pendapat anda?