Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Nur Sajat Sediakan Rumah Baru Buat Keluarga Daif

nur sajat

Sedih melihat keadaan insan yang kurang bernasib baik, usahawan kosmetik terkemuka, Nur Sajat tampil menghulurkan bantuan makanan kepada keluarga susah dan golongan terkesan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana COVID-19.

nur sajat

Advertisement

Sajat dalam perkongsiannya di Instagram berkata, beliau amat sedih dan sayu apabila berkesempatan menziarahi sebuah keluarga daif dan susah.

Malah usahawan kontroversi itu juga difahamkan seolah tidak percaya ada keluarga yang tinggal di kediaman seperti itu.

Menurutnya, ia merupakan aturan Allah mempertemukan dirinya bersama keluarga berkenaan. Malah beliau juga berkata, beliau mengetahui tentang keluarga tersebut daripada pelanggannya.

Pilu akan nasib yang menimpa keluarga ini, Sajat mengesahkan yang dirinya akan menyediakan tempat tinggal baru demi melihat keluarga itu hidup dengan lebih selesa.

“Tak apa lah tiap tiap bulan biarlah Sajat bayar semua sewa rumah baru itu nanti. Tak sanggup Sajat melihat keadaan rumah usang yang macam ini. Hanya Allah sahaja yang tahu keadaan mereka.”

Mengakhiri penulisannya di entri berkenaan, penyanyi lagu “Abang Nak Tegur” ini turut menyeru orang ramai untuk berdoa supaya dirinya dapat membantu lagi golongan yang kurang bernasib baik, sekali gus meringakan lagi bebanan yang menimpa mereka.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. Anna

    May 26, 2020 at 10:20 pm

    Sajat hati baik! Aku doakn yg terbaik utk dia

  2. Anonymous

    May 21, 2020 at 11:10 am

    kenapa aku rasa semakin banyak org share menolong/bersedekah kat media social ni? bukan kah perkara menunjuk2 ni ri’ya? adakah ini trend sekarang? jgn ckp asal niat/pikir baik2 saja.. kita tak tahu niat sebenar org tu untuk apa.. boleh jadi fitnah..

  3. Anonymous

    May 20, 2020 at 11:44 pm

    Penulis tak perlu tulis ‘NUR SAJAT’ kot, tulis je Sajat. Tak perlu la sokong secara langsung ataupun tidak langsung.. Harap Maklum.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top