Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Nur Sajat Mengaku Buat Pembedahan Tukar Jantina, Perjelas Kontroversi Tangan Bergari Tempoh Hari

Sajat

Jika sebelum ini pengusaha kosmetik terkenal, Sajat atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat menafikan bahawa dia telah ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap setelah videonya yang memaparkan dia sedang menangis sambil tangan bergari tular di media sosial, dia dilihat telah tampil membuat pendedahan tentang apa yang sebenarnya berlaku tempoh hari.

SajatSumber : Instagram Nur Sajat 

Sajat menerusi siaran IGTV di Instagram miliknya iaitu @nursajat23 telah menceritakan bahawa dia telah diperlakukan sedemikian rupa oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan turut ditahan di Pusat Penahanan Sementara, Kuala Kubu Bahru.

Apa yang menjadi kekesalan pengusaha kosmetik ini adalah apabila merasakan dia telah dilayan dengan buruk dan tidak wajar meskipun sudah tampil memberikan kerjasama untuk siasatan pihak JAIS.

Advertisement

Untuk info, Sajat telah disiasat susulan laporan yang dibuat pada 23 Ogos 2018 yang lalu di mana dia telah mengenakan pakaian wanita ketika majlis doa selamat yang diadakan di Wisma Nur Sajat, Seksyen 16 Shah Alam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Sajat (@nursajat23)

Advertisement
Penjelasan SajatSumber : Instagram Sajat  

Dipendekkan cerita, Sajat memberitahu bahawa pihak JAIS seolah-olah telah melengah-lengahkan urusan surat jaminan dan turut menyebabkan kecederaan serta digari sehingga mengalami bengkak di bahagian badan kerana bergelut untuk mempertahankan diri.

Namun yang lebih menarik perhatian adalah, Sajat telah meluahkan perasaan kesal kerana didiskriminasi sesetengah pihak hanya kerana penampilannya sebagai wanita.

Sumber : Instagram Sajat  

Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman turut berkongsikan pendapat netizen menerusi laman sosialnya. Meninjau ruangan komen, ramai yang berpendapat bahawa layanan kurang baik yang diberikan JAIS adalah tidak patut kerana Sajat hadir dengan cara baik dan memberi kerjasama untuk membantu siasatan.

SUMBER : Instagram Nur Sajat
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

10 Comments

  1. Anonymous

    January 12, 2021 at 6:23 pm

    Dah bodoh tu bodoh, ko tu Islam, pas tu pkai mengaibkan…padan lah dgn engkau

    • A

      January 13, 2021 at 12:28 am

      Xtaula klu ada lg y back-up dia ni..dari dulu dok mencabar2 dan melampau2..konon2 bg kerjasama la , apa la..tp y ptg dari dulu umat Islam nk tgk Muhamad sajat di beri hukuman setimpal… Patut kita sama2 support JAIS..dulu kemain lagi org dok pertikai apa tindakan JAIS kn? Semoga JAIS terus mara membenteras kemungkaran..dia ni MMG kaki drama dan kaki spin

  2. Anonymous

    January 12, 2021 at 6:00 pm

    lelaki tetap lelaki.. perempuan tetap perempuan..

  3. Anti Pondan

    January 12, 2021 at 4:54 pm

    Orang bodoh n pekak je kata JAIS tak betul…sah2 nyah ni yg menjerit2 n tak bg kerjasama mcm org gila. dr awal lg tak dtg hearing sbb alasan bodoh dah start buat perangai. nak raih simpati apebende bodohnye. yg mak tu nk doakan anak org lain, kau ingat makbul ke nk doakan yg buruk2? anak kau sorg je yg buruk sudah la… in denial sungguh!! nak murtad sangat pegi la… murtad n berambus pg bwk produk sampah kau pegi luar negara. si kafir je yg terima kau. sebelum tu buat press conference tau live besar2 announce nak murtad. kite tgk sape yg malu nanti!!

  4. Daim

    January 12, 2021 at 3:39 pm

    salah memang salah. cuma tu pegawai tak bolehlah cakap macamtu kat orang lain sampai nak doakan anak orang lain sampai jadi cam sajat. kita doakan yang baik dahlah. janganlah ikutkan perasaan. semua orang pun sama tak suka benda. Hanya ALLH SWT yang Maha mengetahui.

    • NAzlita aim

      January 12, 2021 at 4:38 pm

      Rasenya yg cakap biar anak org lain jd mcm sajat tu parents sajad. Bukan pegawai tu. Cuba dengar betul2…

  5. apis

    January 12, 2021 at 3:14 pm

    salah tetap salah jat….yg benda baik ko buat orang tak cakap pun salah…jgn lah putar belit statement..jgn play victim

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top