Nur Sajat Kongsi Video Baju Pengantin, Beri ‘Hint’ Nak Kahwin?

Hiburan

Nur Sajat Kongsi Video Baju Pengantin, Beri ‘Hint’ Nak Kahwin?

Meninjau ruangan Instagram pengusaha kosmetik terkenal, Nur Sajat hari ini ada memuat naik sebeuah video memaparkan dirinya sedang menggayakan gaun pengantin berona putih persis model terkenal.

Perkongsian Sajat itu ternyata telah menarik perhatian netizen di luar sana dan menimbulkan tanda tanya adakah personaliti itu bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi?

Advertisement

Menulis kapsyen “Nantikan HARI BAHAGIA saya..” dalam video tersebut, Sajat seolah memberi ‘hint’ yang hari bahagianya bakal tiba tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Sajat turut meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan namun tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Meninjau ruangan komen, netizen seperti biasa tampil memberi komen dan membuat spekulasi bahawa usahawan itu bakal muncul dengan produk terbaru, dan bukanlah bakal mendirikan rumah tangga.

Sama-sama kita nantikan apa pula gimik yang bakal dilakukan personaliti penuh kontroversi ini kali ini!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...