Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Nur Sajat Berjumpa Dengan JAKIM, Sudah Temui Jalan Penyelesaian Masalah Kekeliruan Jantina?

Selepas menerima surat terbuka daripada JAKIM, akhirnya Nur Sajat telah pun bertemu empat mata dengan Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Izwan Yusof petang semalam. Menurut Sajat beliau kini merasa lega kerana segalanya berjalan dengan lancar.  Sajat turut hadir bersama ibu bapa dan peguam peribadinya.

Advertisement

Alhamdulillah saya baru selesai terima ziarah daripada Jakim. Apa yang boleh saya katakan, perjumpaan tadi berlangsung dengan lancar dan aman. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa mengambil berat mengenai saya sehingga viral.

Malah, Dr Izwan menerusi akaun Facebooknya juga menjelaskan bahawa pihak JAKIM sudah menemui jalan penyelesaian terhadap segala perkara yang dikaitkan dengan Sajat selama ini. Walaubagaimanapun,  Sajat dan Dr Izwan tidak mendedahkan butiran lanjut hasil pertemuan mereka semalam.

Kami pasti ramai yang tertanya tentang status jantina sebenar Sajat dan apakah “jalan penyelesaian” yang sudah ditemui oleh pihak JAKIM berkaitan isu tersebut. Rasanya tidak salah untuk mereka berkongsi hal itu agar orang ramai tidak terus keliru dan mencetuskan pelbagai lagi spekulasi liar.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

60 Comments

  1. Anonymous

    January 17, 2018 at 10:18 pm

    Tak kisah lah sajat.
    You lelaki ke perempuan ke u still insan yg baik.
    U hormatkan kan ibubapa u… U beri mereka kesenangan hidup.
    You ambik anak angkat 2 orang. Respect u sajat. Ramai org sayang kat u that’s why kita nak u ubah jadi asal.

  2. Anonymous

    January 17, 2018 at 9:20 pm

    Kau biasa buat ke..tenggelam timbul semua pandai

  3. Leha

    January 17, 2018 at 8:52 pm

    Satu jek cara nak bendung semua ni…kerajaan malaysia terutama skmm memainkan peranan dgn cara blok semua video mereka kat youtube…yg mana video lelaki memakai baju wanita dan wanita menyerupai lelaki …blok sahaja dr tontonan… sebarang FB atau IG pemiliknya lelaki menjadi perempuan…ataupun perempuan menjadi lelaki juga diblok….jika mereka ingin meniaga…meniaga secara betul…klu jual produk utk wanita…pakai wanita tulen….selagi ada yg bg ruang utk mereka teros menerus post benda2 mcm ni…mmg makin berkembang ….cuba sekat video mereka…

  4. Anonymous

    January 17, 2018 at 7:59 pm

    Seriously dia ingat orang bodo ke nak percaya ni semua? Btw if u dont know what “khunsa” is really mean google it. There is no such thing as khunsa. In medical term khunsa means intersex. Khunsa tu tak wujud pun tapi orang orang melayu bodo macam sajat ni ingat he can just blind people with his pemikiran yang cetek before do research sebelum nak panggil diri tu khunsa. Mak bapak no choice but to terima dia. Of course la buat nampak lagi dia tu bukan pondan. Bak pepatah sharnaaz ahmad its ok if u pondan tak da sapa nak marah ai

    • McAfee

      January 18, 2018 at 1:55 am

      Ada je. Hermaphrodite.

    • Anonymous

      January 18, 2018 at 10:54 pm

      Yes true but have u actually do a research on it? Jamie lee curtis for example try n study her case before nak cakap the term of hermaphrodite ok :)

  5. anonymous

    January 17, 2018 at 5:24 pm

    korang semua dengki dgn dia sebab dia berjaya kaya sedangkan dia transgender,lebih byk hlangan utk berjaya ke tahap skrg…korang yg sah2 tak ada halangan apa2 masih kat situ jugak kerja bwh tlunjuk org!! maluuuuu huuuuu

    • Anonymous

      January 17, 2018 at 5:37 pm

      perkataan dengki tu kurang tepat . dengki buatper …dia bukan boleh beranak pun!? sebabnya dia mengapi-apikan agama melalui keterbukaannya. membuat provokasi terlampau sampai org semua nk termuntah. ni malaysia lah wei. jgn nk kemaruk sgt dgn seksualiti merdeka..mengucap sebelum menulis. takut apa..takut dlm x sedar termurtad!

    • kobodoh

      January 18, 2018 at 12:42 pm

      dia naik n jadi top pun sebab kes confuse ni. buat org jadi nak tengok dia. tu je. kalau x memondan menggelejat xde sape heran xde sape nak follow

Loading...
To Top