January 17th, 2018

Selepas menerima surat terbuka daripada JAKIM, akhirnya Nur Sajat telah pun bertemu empat mata dengan Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Izwan Yusof petang semalam. Menurut Sajat beliau kini merasa lega kerana segalanya berjalan dengan lancar.  Sajat turut hadir bersama ibu bapa dan peguam peribadinya.

Alhamdulillah saya baru selesai terima ziarah daripada Jakim. Apa yang boleh saya katakan, perjumpaan tadi berlangsung dengan lancar dan aman. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa mengambil berat mengenai saya sehingga viral.

Malah, Dr Izwan menerusi akaun Facebooknya juga menjelaskan bahawa pihak JAKIM sudah menemui jalan penyelesaian terhadap segala perkara yang dikaitkan dengan Sajat selama ini. Walaubagaimanapun,  Sajat dan Dr Izwan tidak mendedahkan butiran lanjut hasil pertemuan mereka semalam.

Kami pasti ramai yang tertanya tentang status jantina sebenar Sajat dan apakah “jalan penyelesaian” yang sudah ditemui oleh pihak JAKIM berkaitan isu tersebut. Rasanya tidak salah untuk mereka berkongsi hal itu agar orang ramai tidak terus keliru dan mencetuskan pelbagai lagi spekulasi liar.

Sumber Berita : Harian Metro


60 responses to “Nur Sajat Berjumpa Dengan JAKIM, Sudah Temui Jalan Penyelesaian Masalah Kekeliruan Jantina?”

  1. wekkkkkkk says:

    menyampah..dh dpt jln penyelesaian, dh dpt jawapan oleh Jakim…nk secret pulak..kasi taulah masyarakat. Jgn nk mengelirukan/memperdaya org Malaysia lagi.

    Kerjasama-sama, komen sama sama, tapi bila dpt kredit (jawapn) senyap/makan sorang2.

  2. Anonymous says:

    harap harap semua yang terlibat berlaku jujur lah….nak ke menanggung sama….pikir-pikir kan lah……xlama dh kita nk duk kt dunia nih….

  3. melati says:

    Malas nk percaya JAKIM..!!! Dedah jer lah Kebenaran, ni takut dgn Lawyer , Allah tk takut.????

  4. kawan SAJAT says:

    maaf saya keliru ni……luaran wanita tp ada bebird….plsssss tolong saya

  5. No to liberal says:

    Klu da laki, jd la laki. Klu pompuan, jd la pompuan. Lembut or keras doesnt matter, jgn terover sdh. Kita ada agama. Faham tu.

Loading...