Selepas melalui pancaroba dalam rumah tangga, isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak pertama mereka.
Menerusi hantaran di TikTok, Nilam telah berkongsi video yang memaparkan ultrasound scan yang dilakukannya di sebuah klinik.
Kata Nilam, dia memilih untuk mempertahankan rumah tangga bersama Azlan kerana bakal menyambut kehadiran anak kecil yang akan menjadi penyeri hidup mereka.
Nilam juga menyifatkan pelakon tersebut sebagai seorang suami yang sangat baik di matanya dan meminta orang ramai untuk mendoakan agar segalanya dipermudah buatnya sepanjang kehamilan ini.
Kerana dia seorang suami yang baik dan masih terbaik di mata aku. Aku tak minta banyak dari korang, aku mohon korang doakan supaya kandungan yang ini selamat semuanya.
@puan_nilamortiz Kerana dia seorang suami yang baik dan masih terbaik di mata aku,aku tak minta banyak dari korang,aku mohon korang doakan supaya kandungan yang ini selamat semuanya,doa yang baik baik maka yang baik baik akan datang kepada korang @AzlanKomeng ♬ Buah Hati – Armada
Menerusi ruangan komen ramai mendoakan Nilam termasuklah Azlan yang mendoakan isteri dan anak sulung mereka di dalam kandungannya.
Dalam pada itu, netizen turut meluahkan rasa syukur dan gembira bagi pihak Nilam kerana dikurniakan rezeki hamil setelah melalui badai dalam rumah tangga.