Nur Liyana Manan Tarik Balik Tuntutan Fasakh

Hiburan

Nur Liyana Manan Tarik Balik Tuntutan Fasakh
Mahkamah Syariah Klang telah meluluskan permohonan, Nur Liyana Abdul Manan, 29, untuk menarik balik kes fasakh yang difailkan pada 1 Oktober 2013 terhadap suaminya, Romie Razin Adilha Abd Jais, 34. Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim, Zainal Abidin Kusmin selepas plaintif yang diwakili peguamnya Kamar Ainiah Kamaruzaman membuat permohonan tersebut.

liyana manan

Dalam pada itu, Nur Liyana akan mengemukakan permohonan baru iaitu perceraian secara talak mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Nur Liyana dan suaminya, Romie Razin Adilha yang juga kekasih pelakon Hanez Suraya hadir ke mahkamah secara berasingan. Semoga kes ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin untuk kebaikan semua pihak. Sama-samalah kita doakan.

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...