“Nur Kasih Ke Kekasih Dikasihi” – Hantaran Iman Tang Di Instagram Buat Peminat In-Team Tak Keruan

Hiburan

“Nur Kasih Ke Kekasih Dikasihi” – Hantaran Iman Tang Di Instagram Buat Peminat In-Team Tak Keruan

Penganjur terkenal, Iman Tang, baru-baru ini mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat apabila memuat naik foto bersama kumpulan nasyid popular, Inteam, di akaun Instagram miliknya.

Foto tersebut menimbulkan spekulasi bahawa konsert berskala besar melibatkan Inteam mungkin akan berlangsung.

Advertisement

Menurut sumber terdekat, Iman Tang dikatakan berhasrat untuk menghimpunkan semula artis-artis nasyid lama yang pernah popular suatu ketika dahulu dalam sebuah konsert istimewa.

“Tapi dia nak bawa artis jemputan nasyid yang bagus dan lama menghilang,” kata sumber tersebut.

Walaupun ramai peminat berharap akan ada pengumuman rasmi mengenai konsert tersebut, setakat ini tiada maklumat lanjut yang disahkan, dan peminat diminta untuk terus mengikuti perkembangan dari penganjur.

Sebelum ini, Inteam telah mencipta rekod apabila Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun yang dijadualkan pada 28 September depan habis terjual dalam masa satu jam selepas penjualan tiket sesi kedua dibuka.

Mereka juga mengumumkan akan mengadakan konsert sulung mereka di Zepp Kuala Lumpur, namun tiket habis dijual dalam masa kurang dua jam, menyebabkan ramai peminat kecewa.

Oleh itu, konsert yang dijadualkan kini dipindahkan ke IdeaLive Petaling Jaya, Selangor, yang mampu menampung 5,000 penonton, memberikan peluang kepada lebih ramai peminat untuk hadir menikmati persembahan istimewa daripada kumpulan nasyid kesayangan mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

AC Mizal 4U2c
2025-08-25 13:12:36

4U2C Alami 'Depression', AC Mizal Hairan Ramai Kecam Penganjuran Konsert - "Saya Rasa Cukup Lah.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...