Nur Iman Tang Hanya Kawan – Nasha Aziz

Hiburan

Nur Iman Tang Hanya Kawan – Nasha Aziz

Abang Nara pasti ramai yang tertunggu-tunggu tarikh Nasha Aziz bakal menamatkan zaman bujangnya. Umum mengetahui hubungannya dengan promoter konsert terkenal, Nur Iman Tang. Namun menurut Nasha Aziz, mereka berdua hanyalah kawan rapat.

nasha aziz

Advertisement

Berkata kepada Kosmo hari ini, Nasha Aziz memaklumkan yang selagi tiada ikatan, tiada apa yang istimewa di antara dirinya dan Nur Iman Tang. Kata Nasha:-

Jangan membuat spekulasi awal. Selagi tiada sebarang ikatan, tiada apa yang istimewa. Kenapa saya tidak boleh ada teman atau kawan sedangkan orang lain boleh? Kami masih berkawan dan setiap teman harus keluar bersama atau bersembang. Tidak elok untuk kita berusuhan dan saya rasa saya perlu menjaga hubungan atau persahabatan ini.

nasha aziz

Selain daripada kisah hubungannya dengan Nur Iman Tang, Nasha turut memaklumkan yang dia sedang berdebar-debar untuk menerima tawaran program ala-ala America’s Next Top Model versi Malaysia. Fuh ~~ Pasti menarik sekiranya program ini berjaya dilakukan. Bolehlah tengok kehebatan Nasha Aziz ber”catwalk” sambil memberi tunjuk ajar kepada para peserta. Confirm rating tinggi!!!

P.S: Video yang tersangatlah comel

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...