Nur Fazura Semakin Rapat Dengan Aktor Filipina Piolo Pascual?

Hiburan

Nur Fazura Semakin Rapat Dengan Aktor Filipina Piolo Pascual?

Bertentang mata buat pertama kali di Asean International Film Festival and Awards( AIFFA) 2015 yang berlangsung baru-baru ini, Nur Fazura dikatakan mendapat perhatian aktor kacak Filipina, Piolo Pascual.

Semua berlaku apabila  Piolo salah sebut nama Fazura menjadi Faruza ketika menjadi pasangan penyampai di anugerah tersebut. Namun, sebagai seorang lelaki “gentleman” Piolo sempat memperbetulkan kesalahannya dengan memuji aktres itu.

Advertisement

Menurut Piolo, sewaktu beliau tiba di Kuching beliau terlihat iklan ubat gigi Colgate dimana Fazura adalah duta jenama tersebut. Menonton iklan itu sahaja Piolo mengakui aktres itu sangat cantik.

Insiden yang berlaku semasa anugerah tersebut membuat mereka semakin rapat  dan  beberapa sumber turut memaklumkan mereka sering menghabiskan masa bersama-sama dan tidak berenggang diantara satu sama lain selepas anugerah tersebut berakhir.

Walaupun tidak mengetahui status terkini hubungan mereka, ramai peminat menginginkan pasangan ini menjalinkan hubungan cinta.

Tidak dapat dinafikan Fazura kelihatan begitu jelita dan anggun berkebaya merah hasil sentuhan Rizman Ruzaini. Memang dah nampak macam perempan Melayu dengan klasnya tersendir, patutlah Piolo pun leh cair.

Sumber Berita: Murai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...