Tidak dapat dinafikan pelakon Nur Fazura mempunyai karisma yang tersendiri dalam lakonan. Prestasi beliau boleh dikatakan cemerlang dan akhirnya segala kerja keras beliau membuahkan hasil apabila tercalon dalam dua kategori di Festival Filem Malaysia (FFM) ke 27 iaitu Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita terbaik bagi filem Manisnya Cinta Di Cappadocia serta Kami Histeria.
Saya sangat terkejut dengan dua pencalonan ini. Saya rasa seperti bermimpi dan cuba untuk kembali sedar daripada lamunan. Syukur ke hadrat Ilahi. Terima kasih pada juri yang menghargai hasil kerja saya.
Fazura akan bersaing bersama pelakon Izara Aishah didalam kategori Pelakon Pembantu Wanita terbaik dan juga Maya Karin serta Lisa Surihani untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik.
Mengetahui Lisa serta Maya juga mempunyai kelebihan mereka sendiri, Fazura juga memberitahu Izara mampu memberi saingan yang kuat .
Pencalonan awal FFM 27 untuk Fazura ini telah menamatkan penantian beliau sendiri yang pernah memenangi kategori Pelakon Harapan Wanita pada FFM 17 lepas.
Adakah Fazura akan berjaya mengungguli trofi FM 27 atau tidak hanya akan terjawab 5 September depan ketika malam kemuncak berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).