Ramai netizen yang telah melahirkan rasa teruja dan mengucapkan kata tahniah kepada Nur Fazura selepas sekeping gambar pelakon itu seolah-olah mempunyai “baby bump” telah menjadi tular. Sudah tentu kehamilan Fazura dinanti-nanti ramai pihak, lebih-lebih lagi selepas perkahwinannya dengan Fattah Amin memasuki usia 5 bulan. Sekali pandang, memang nampak seperti ada “baby bump” namun ternyata perkhabaran kehamilan itu adalah tidak benar.
Menurut Fazura, “baby bump” tersebul muncul kerana rekaan dan juga material yang telah digunakan untuk pakaiannya di dalam gambar tersebut. Nampak gayanya para peminat harus bersabar sedikit lagi sebelum mendengar khabar gembira tentang kehadiran orang ketiga di dalam hidup Fattah dan Fazura. Paling penting sekiranya hamil, Fazura akan berkongsi berita gembira itu dengan semua pihak. Kata Fazura:-
Ia bukan ‘baby bump’, sebaliknya hanya biasan kain yang saya pakai. Mungkin rekaan dan material yang digunakan menampakkan seolah-olah saya sedang hamil. Apa pun, saya bersyukur di atas doa anda semua. Insya-Allah, jika ada khabar gembira, pasti akan saya kongsi pada masa paling sesuai.
Sama-sama kita nantikan perkongsian berita kehamilan Nur Fazura di masa hadapan. Buat masa ini, kita doakanlah pasangan ini dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat. Sumber Berita Harian.