Nur Fazura Nafi Randy Seidman Sebagai Kekasihnya

Hiburan

Nur Fazura Nafi Randy Seidman Sebagai Kekasihnya

Baru-baru ini , seorang DJ Amerika Syarikat, Randy Seidman mengakui pelakon Nur Fazura sebagai teman wanitanya didalam sebuah video eksperimen sosial di YouTube. Perkara itu aga hangat diperkatakan kerana beberapa tahun sebelumnya, Fazura pernah digosipkan bercinta dengan Randy.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Fazura menerusi portal mStar Online menyifatkan gelaran “girlfriend” yang dikatakan oleh Randy bukanlah satu perkara pelik kerana ia adalah perkara biasa merujuk kepada kenalan wanita di Amerika Syarikat. Fazura menafikan Randy adalah kekasihnya.

Saya tak salahkan siapa yang buat pertikaikan sebab di sini (Malaysia) ia bukan sesuatu yang normal apabila seorang lelaki sebut ‘girlfriend’ bagi rakan wanita mereka. Tetapi di Amerika ia perkara biasa dan Randy saya sudah anggap sebagai rakan baik dan kami pun sudah berkawan sejak lima tahun lalu.

Pada masa yang sama, Fazura akui merasa terharu  dengan tindakan Randy yang mempertahankan agama Islam kerana umum mengetahui tidak ramai yang sanggup berbuat demikian.

Walaupun kami berlainan agama dan bangsa tetapi tindakannya itu adalah bukti sifat kemanusian melebihi segala-galanya. Randy mempertahankan Islam kerana isu agama memang sensitif di kalangan masyarakat Amerika dan saya bangga mempunyai rakan sepertinya.

Presiden Donald Trump baru-baru ini telah mengeluarkan perintah eksekutif melarang kemasukan pelarian dan pelawat dari tujuh buah negara Islam tetapi Malaysia tidak termasuk didalam senari berkenaan. Namun, tindakan Donald Trump mendapat tentangan ramai termasuk warga Amerika Syarikat sendiri.

Sumber Berita :mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...