Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Nur Fazura Mahu Tonton Filem Beauty and The Beast Di Luar Negara

Baru-baru ini pelakon Nur Fazura dikecam netizen kerana mempertikaikan keimanan sesetengah pihak selepas filem dinantikan ramai, Beauty and The Beast ditangguhkan tayangannya di Malaysia.

Advertisement

Sebagai peminat Beauty and The Beast sejak kecil lagi, Fazura akui beliau merasa kecewa dengan isu penangguhan filem tersebut. Fazura akhirnya membuat keputusan untuk menonton filem Beauty and The Beast di luar negara.

Saya mahu menonton filem itu di luar negara kerana saya diberitahu ada babak yang  dipotong jika ditayangkan di Malaysia. Saya ingin menonton secara (pemikiran) orang dewasa dan tidak mahu orang lain menganggap akidah saya boleh terjejas apabila menonton filem itu. Saya rasa semua orang sudah dewasa dan ada pegangan agama masing-masing.

Beauty and The Beast dihimpit kontroversi  apabila pengarahnya Bill Condon dalam satu temubual majalah memberitahu bahawa watak Le Fou yang dilakonkan oleh Josh Gad adalah seorang gay.

Ia telah diharamkan di beberapa pawagam di Amerika Syarikat dan Rusia telah melabelkan filem ini hanya boleh ditonton oleh mereka yang berumur 16 tahun ke atas sahaja.

Advertisement

Pihak Walt Disney Co tetap berdegil  enggan memotong babak gay tersebut dan lebih rela untuk tidak menayangkan Beauty and The Beast di Malaysia.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama