January 17th, 2017

Lama juga kita tidak mendengar sebarang cerita mengenai kisah peribadi pelakon Nur Fazura. Iyalah, umum mengetahui beliau agak sibuk apatah lagi kini sedang dalam proses untuk menyiapkan album pertama beliau.

Dalam diam rupa-rupanya Fazura dikatakan sedang dilamun cinta dan sudah dimiliki seseorang sejak beberapa bulan lepas. Berita ini disampaikan oleh Mary Jane menerusi portal Utusan Online.

Walaubagaimanapun, Mary Jane tidak mendedahkan identiti lelaki yang telah berjaya menawan hati Fazura.

Si jelita Fazura sudah kembali bercinta. Sekarang ini khabarnya dalam hati dia sudah ada taman semula tau. Sebabnya, semenjak beberapa bulan lalu sudah menjadi ‘milik’ kepada seseorang. Milik tu, bukanlah erti kata sudah berkahwin ke apa. Tetapi hatinya sudah dimiliki lah. Senang cakap, sudah kembali ke alam percintaan yang penuh manis dan manja.

Tentu ada yang bertanya, siapakah cinta hati terkini Faz? Siapa, oh siapa. Jeng! Jeng! Jeng! Maaflah, Mary Jane tak boleh beritahu di sini, kena simpan jadi rahsia dulu.

Jika berita ini benar, kami harap Fazura satu hari nanti dapat memperkenalkan cinta hatinya kepada umum. Semoga percintaan mereka dapat kekal sehingga ke jinjang pelamin. Siapa tahu bukan?

Sumber Berita : Utusan Online


Comments are closed.

Loading...