Nur Fazura Duduk Semeja Dengan Peguam, Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang? – “One Step At A Time..”

Hiburan

Nur Fazura Duduk Semeja Dengan Peguam, Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang? – “One Step At A Time..”

Satu perkongsian pelakon dan usahawan sensasi, Nur Fazura bakal membuatkan ramai tidak senang duduk nampaknya.

Dalam beberapa hantaran di Instagram Story, Nur Fazura dilihat bergambar bersama seorang peguam.

Advertisement

Fazura duduk dengan peguam

Tidak diperincikan tujuan asal, pastinya peminat sudah menyangka tujuannya.

Ini berikutan kekalutan serta isu melibatkan anaknya, Fatima Aisya bersama keluarga bekas suami iaitu Fattah Amin yang telah melarat sehingga menimbulkan pelbagai fitnah dan spekulasi.

Malah, kapsyen ‘One Step At A Time’ yang ditulis aktres jelita itu menguatkan lagi sangkaan peminat yang mengikuti kisah hidup usahawan tudung itu.

Terdahulu, Fazura ada memuat naik satu hantaran tangkap layar seorang wanita yang cuba memfitnahnya di media sosial.

Menurut netizen, wanita itu merupakan saudara rapat kepada keluarga bekas suaminya yang terdahulu.

Fazura turut mempersoalkan apa kesalahannya dan anak, Fatima Aisya kepada wanita itu sehinggakan tergamak mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fazura
2025-08-11 18:23:08

"Adakah Saya Atau Fatima Menyondol Suaminya?" - Difitnah 'Orang Terdekat', Fazura Luah Rasa Terkilan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...