Pelakon Nur Fazura difahamkan telah membuat laporan polis berhubung satu kenyataan fitnah yang dimuat naik seorang wanita di media sosial.
Nur Fazura dilihat hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya bagi membuat laporan polis berkenaan kenyataan fitnah itu.
Pelakon itu walau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai laporan penuh yang difailkan di IPD Petaling Jaya itu.
Semalam, Fazura ada berkongsi foto di satu hantaran Instagram Story di mana dia dirakam berada di Jabatan Siasatan Jenayah IPD Petaling Jaya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaa’afar ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan yang dibuat Fazura.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.