Nur Fazura Banyak Menangis Dalam Musim Kedua Facing Up To Fazura

Hiburan

Nur Fazura Banyak Menangis Dalam Musim Kedua Facing Up To Fazura

Facing Up To Fazura (FUTF) musim pertama sememangnya cukup menghiburkan dan mendedahkan banyak rahsia pelakon jelita, Nur Fazura. Antara yang menjadi topik hangat ialah pembongkaran percintaan Fazura dengan Shaheizy Sam dan juga hubungannya dengan Sara Ali menerusi program tersebut. Abang Nara merupakan salah seorang daripada jutaan penonton program FUTF dan kerana sambutan yang amat hangat, musim kedua FUTF bakal ditayangkan tidak lama lagi.

facing up to fazura

Advertisement

Apa yang menarik tentang FUTF bagi Abang Nara ialah keterbukaan Fazura untuk berkongsi detik-detik indah, sedih, gembira dan duka di dalam hidupnya tanpa berselindung. Abang Nara yakin musim kedua FUTF ini lebih menarik dan kita dapat mengenali Fazura dengan lebih dekat lagi. Kata Fazura:-

Saya nak tunjukkan inilah diri saya, tak perlu peminat nak baca blog atau gosip dan sebagainya untuk tahu semuanya tentang diri saya. Kalau nak nilai saya, nilai menerusi apa yang mereka tonton dalam program ini dan seperkara yang lucu apabila buat program realiti ini, kadang-kadang saya terlupa yang kamera sedang rakam apa saja yang saya buat.

Musim kedua ini, saya banyak menangis. Sebenarnya, saya tak suka menangis sebab tak mahu orang tengok saya ini lemah tetapi saya lupa yang saya juga manusia biasa. Misalnya kalau bercakap berkaitan binatang atau bercerita mengenai bertapa bersyukurnya saya dengan apa yang saya sudah capai dalam hidup saya sehingga saat ini, saya tak dapat tahan air mata saya.

Kali ini juga saya ambil peluang untuk jelaskan isu-isu panas yang mengaitkan diri saya seperti isu saya pegang anjing dan tentang isu KLFW. Kadang-kadang saya rasa penting untuk orang tahu kenapa saya buat sesuatu itu dan saya pertahankan apa yang saya buat atau nak perkatakan.

Tak dinafikan ruang media sosial kini juga menjadi platform kita berkongsi dan peminat boleh tahu boleh apa saja. Bagi saya media sosial ini sebenarnya tanpa kita sedar ia adalah perangkap yang mana jika kita tidak bijak mengendalikannya, ia akan memberi kesan negatif pada kita sendiri.

fazura

Tidak sabar rasanya mahu menonton musim kedua Facing Up To Fazura yang bakal bermula 1 November ini di saluran E!. Pasti lebih banyak perkara menarik yang bakal dipertontonkan. Abang Nara yakin para peminat Fazura juga sedang berada dalam keadaan teruja. Sama-sama kita nantikan episod pertama daripada 6 episod FUTF Ahad minggu hadapan. Selamat menonton.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...