Wow. Tahniah diucapkan kepada Nur Fazura kerana menjadi artis Malaysia pertama yang bakal mempunyai rancangan realiti sendiri. Menariknya rancangan yang diberi nama ‘Facing Up To Fazura’ ini akan ditayangkan di saluran antarabangsa E!. Pastinya para peminat Fazura sudah tidak sabar lagi untuk menonton 5 episod yang bakal ditayangkan pada Disember ini yang akan memaparkan kehidupan peribadi pelakon jelita ini.
Kata Fazura menerusi Berita Harian:-
Menerusi program itu nanti saya mahu mereka yang tidak mengenali diri saya akan lebih kenal siapa Fazura sebenarnya. Semua yang dipaparkan dalam program ini adalah realiti dan bukannya rekaan.
Sejujurnya saya sangat terharu dan teruja apabila saluran E! mahu mengabadikan kisah saya dalam program terbitan mereka.
Abang Nara pasti tak akan lepaskan peluang untuk menonton program realiti Fazura ini. Pasti banyak benda-benda peribadi yang dikongsikan oleh Fazura. Tak sabar rasanya nak tunggu Disember. Bolehlah tengok sisi sebenar Fazura. Diharap selepas ini, akan lebih ramai artis yang diberikan tawaran sebegini. Barulah makin meriah dunia hiburan tanah air kita. Tak gitu?