Buat peminat Fattzura, nampaknya anda akan merasa sedikit kecewa kerana Nur Fazura akhirnya mengakui gosip pertunangan antara beliau dan Fattah yang hangat diperkatakan sejak beberapa hari lepas hanya sekadar gimik yang dicipta oleh pihak pengurusan mereka, bersempena dengan tayangan drama Wanita Terindah.
Apabila drama ini ditayangkan, banyak pula cerita keluar termasuklah fasal bertunang. Apa boleh saya katakan ini sekadar gimik pihak pengurusan saya dan Fattah. Mungkin ini cara publisiti mereka.
Terdahulu, ada khabar angin mengatakan Fattah dan Fazura bakal bertunang pada 13 November ini lebih-lebih lagi wujud pula hashtag #roadtopekan yang menguatkan lagi berita tersebut. Fattah pula tidak mengiyakan ataupun menidakkan berita tersebut dan mahu memberikan kejutan.
Frust menonggeng lah peminat mereka yang memang sudah mengharapkan Fazura dan Fattah benar-benar bercinta dan serius dalam perhubungan mereka. Bertabah la.