Fathia Latiff hari ini memberitahu beliau sudah bersedia untuk menutup aurat sepenuhnya dan kini sedang dalam proses untuk mengenakan hijab secara kekal.
Hatinya tergerak untuk menjadi seorang muslimah sejati selepas menjalani penggambaran drama Rumi dan Jawi di luar negara yang memerlukan beliau untuk memakai tudung bagi menyempurnakan wataknya dalam drama arahan Erma Fatima itu.
Fathia juga berharap agar orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya dalam mencari kekuatan untuk berubah.
Alhamdulillah, Allah memberikan hidayah kepada saya untuk belajar perlahan-lahan memakai tudung. Jika diikutkan, sejak menjalani penggambaran di luar negara lagi saya mencuba berhijab.
Cuma saya meminta ruang kepada semua pihak untuk memberikan saya masa membetulkan tingkah-laku dan sekali gus menetapkan hati andai kata saya membuat keputusan untuk bertudung.
Buat Fathia perkara seperti ini tidak boleh dibawa main-main dan mahu keputusannya itu lahir ikhlas daripada hati.
Bagi saya, ia adalah langkah yang besar dan saya tidak mahu memperlekehkan sebarang penghijrahan yang dibuat. Saya mahu istiqamah dengan keputusan bertudung setelah memilih jalan untuk berhijrah.
Alhamdullilah, seorang lagi selebriti wanita kita sudah terbuka pintu hatinya untuk menjadi seorang yang lebih baik. Fathia jelas tampak lebih manis mengenakan tudung bukan? Ayuh sama-sama doakan agar Fathia diberikan kekuatan untuk menutup aurat sepenuhnya.