Nur Fathia Nafi Punca Hubungan Kamal Adli Dan Emma Maembong Retak

Hiburan

Nur Fathia Nafi Punca Hubungan Kamal Adli Dan Emma Maembong Retak

Kenyataan Emma Maembong  sebelum ini yang meminta agar peminat mendoakan yang terbaik buat hubungan beliau dan Kamal Adli mengundang pelbagai spekulasi. Ia seakan menunjukkan hubungan mereka berdua ini sedang retak apabila Emma pada masa yang sama berkata beliau akan berbincang tentang hala tuju percintaannya dengan Kamal.

Advertisement

Terbaru, tiba-tiba nama pelakon Nur Fathia Latiff dikaitkan sebagai punca keretakan hubungan Kamal dan Emma.

Dakwaan berkenaan timbul apabila Fathia dan Kamal baru-baru ini menjalani penggambaran drama di Barcelona, Sepanyol.

Walaubagaimanapun, Fathia dengan tegasnya menafikan khabar angin berkenaan.

Kalau benarlah dakwaan tersebut wujud, bagi saya itu hanya khabar angin. Kami hanya berlakon bersama, kena profesional. Lagipun sebagai pelakon, Emma atau sesiapapun perlu bersikap profesional.

Dulu pun dia ada berlakon bersama Aiman, saya tidak pernah cemburu apa pun. Malah sebagai pelakon kita akan berlakon bersama ramai artis lelaki. Saya rasa ini hanyalah gosip yang tidak munasabah. Sengaja dicipta orang .

Rasanya isu ini memang sengaja dicetuskan oleh sesetengah pihak. Iyalah, Kamal sebelum ini ada memberitahu apa yang terjadi antara beliau dan Emma berpunca daripada diri beliau sendiri dan bukannya orang ketiga.

Apa-apa pun, harapnya hubungan Kamal dan Emma masih boleh diselamatkan tetapi jika takdir menentukan sebaliknya, peminat mereka haruslah menerima kenyataan itu.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...