Penyanyi dan usahawan, Ahmad Nubhan Ahamad, mendedahkan bahawa beliau tidak pernah mengetahui jumlah sebenar wang dalam akaun syarikatnya kerana tidak mahu terlalu taksub dengan hal kewangan.
Menerusi potongan klip daripada podcast Studio Sembang, Nubhan, 39, menjelaskan bahawa tindakan itu diambil bagi mengelakkan dirinya terlalu memikirkan soal duit hingga menjadi hamba kepada material.
Sebenarnya saya pun tidak tahu berapa jumlah duit yang ada dalam syarikat saya.
Saya cuma tahu bila audit, saya pesan ‘tolong jangan beritahu saya berapa yang ada’.
Saya tidak mahu tahu. Kalau tahu berapa jumlahnya, saya akan fikir tentang duit saja. Memang akan jadi hamba duit.
Menurut bekas peserta Akademi Fantasia 6 itu, beliau percaya bahawa rezeki tidak perlu dikejar, sebaliknya perlu dijemput dengan usaha dan tawakal.
Sebagai contoh, kalau ada orang yang memerlukan bantuan dan kita tahu jumlah duit, nanti kita akan terfikir duit akan berkurang.
Kita akan jadi berkira dan tujuan kita nanti akan bertukar kepada duit saja. Bagi saya, duit bukan untuk kita kejar, duit itu kita kena jemput.
Tambah Nubhan lagi, kebergantungan kepada Tuhan adalah asas utama dalam rezeki seseorang.
Rezeki kena jemput. Jatuh pun Allah bagi, bangun pun Allah bagi. Bukan sebab siapa-siapa. Kita manusia tiada apa-apa.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.