“Nubhan Seorang Abah Yang Baik” – Dr Afifah Tawfek

Hiburan

“Nubhan Seorang Abah Yang Baik” – Dr Afifah Tawfek

Isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, tampil berkongsi perkembangan terbaharunya selepas isu rumah tangga mereka hangat diperkatakan.

Ketika ditemui OhBulan! di majlis pelancaran butik JeMels Atelier di IOI Mall Putrajaya, Dr Afifah atau mesra disapa Fie mengakui situasi yang dilaluinya bukan mudah. Namun demi tiga cahaya mata mereka, dia berusaha untuk sentiasa kelihatan kuat.

Advertisement

Saya mesti nak kena nampak bahagia, nampak tenang sebab saya ada anak-anak. Saya nak anak-anak tengok saya bukan seorang ibu yang lemah.

Kita sebagai seorang ibu mesti nak yang terbaik untuk anak-anak. Kita akan fikir anak-anak dulu, baru diri kita.

Kes Hadanah Sedang Berjalan

Berkongsi perkembangan mengenai hak penjagaan anak, Dr Afifah memaklumkan bahawa kes hadanah masih dalam proses di mahkamah.

Buat masa ini, kebanyakan masa anak-anak berada dengan saya. Tetapi Nubhan telah memfailkan permohonan hadanah penuh.

Buat sementara waktu (interim), anak-anak berada di bawah jagaan saya.

Tambahnya lagi, dia tidak pernah berniat menjauhkan anak-anak daripada sesiapa termasuk Nubhan mahupun keluarga mentua.

Saya tak nak jauhkan anak-anak dengan sesiapa. Mereka berhak untuk bersama sesiapa.

Walaupun berdepan kemelut rumah tangga, Dr Afifah mengakui penyanyi itu tetap menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dengan baik.

Nubhan pun seorang ayah yang baik. Nak kata saya baik pun, kita sama-sama baik.

Tentang bagaimana mereka akan menjelaskan situasi sebenar kepada anak-anak, Dr Afifah berkata perkara itu akan dibincangkan bersama selepas keputusan mahkamah.

Saya ada juga cakap dengan Nubhan supaya kita jelaskan sama-sama. Tapi kita tunggu mahkamah 2 Disember nanti.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Farah Lee
2025-11-15 13:53:35

Farah Lee Maklum Masih Belum Miliki Rumah Di Usia 36 Tahun – “Kalau Dah Terlibat Dengan Riba, Rugi Dekat Akhirat Nanti”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...