Penyanyi dan usahawan, Nubhan, bersedia menerima apa sahaja tindakan peminat, termasuk kemungkinan memboikot produk perniagaan yang menggunakan jenama ibunya, Mak Jenny, susulan isu perceraian beliau dengan isteri, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, yang kini hangat diperkatakan ramai.
Nubhan menegaskan bahawa rezeki berada di tangan Allah dan dugaan ini adalah ujian baginya.
Mak Jenny tak tahu apa-apa tentang hal ini. Dia sendiri pun tak tahu dia dikecam.
Kadang-kadang video yang saya buat dengan mak, dia pun tak tengok. Jadi diri dia memang begitu dan dia tak mengharapkan apa-apa.
Beliau juga menekankan bahawa beliau tidak mampu menghalang peminat untuk berbuat demikian dan menerima kenyataan itu dengan hati terbuka. Yang penting, menurut Nubhan, adalah terus berdoa agar segala urusan dipermudahkan oleh Allah.
Penyanyi berusia 39 tahun itu turut berkongsi perasaan bahagia dapat membantu memenuhi impian ibunya.
Dengan perniagaan Mak Jenny, saya dapat merasakan satu nikmat yang lain. Setelah membesarkan kami lapan beradik, apabila apa yang mak nak sekarang ini saya dapat tunaikan, di usia mak yang dah senja, saya ada satu kebahagiaan.
Itu satu kebahagiaan. Dan semua yang terjadi sekarang ini pun atas doa Mak.
Isu boikot terhadap produk Mak Jenny timbul selepas Nubhan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada 16 Oktober lalu bagi prosiding pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya. Hakim menetapkan 2 Disember depan sebagai tarikh perbicaraan pertama bagi kes pengesahan lafaz cerai mereka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
