Kecoh di laman Threads apabila seorang pengguna meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan penyanyi Nubhan yang memuat naik Instagram Story dengan kapsyen merujuk kepada Amber Heard, seolah-olah menyindir bekas isterinya, Dr. Afifah Hidayah, selepas pendedahan mereka sudah bercerai.
Menerusi perkongsian tular oleh pengguna akaun @nurshakila_91, wanita itu meluahkan rasa sedih kerana sebelum ini membeli produk sambal keluaran pasangan tersebut semata-mata untuk menyokong mereka. Namun, kini kecewa melihat hubungan mereka berakhir dengan nada sindiran di media sosial.

Lebih menyentuh hati, pengguna itu turut mengingatkan Nubhan supaya menghormati bekas isterinya sebagai ibu kepada anak-anak mereka.
Apa pun dia ibu kepada anak-anak awak. Dia manusia yang berkorban nyawa tiga kali demi memberi awak title ‘abah’. Please janganlah… kesian anak-anak. Dah divorce, jaga anak je sama-sama.

Awak pun hidup masih perlukan seorang emak kan? Macam tu jugalah anak-anak awak tu. Lagi-lagi anak perempuan, dia sangat perlukan seorang mak untuk tumbuh dewasa.
Luahan itu turut mendapat sokongan ramai netizen yang bersetuju bahawa isu rumah tangga sepatutnya tidak dijadikan bahan sindiran di media sosial, lebih-lebih lagi apabila melibatkan anak-anak kecil.
Terdahulu, Nubhan dan Dr. Afifah disahkan bercerai selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan tiga cahaya mata. Namun, penyanyi itu kini sedang memfailkan tuntutan hadanah (hak penjagaan anak) di Mahkamah Tinggi Syariah bagi menentukan penjagaan kekal serta hak lawatan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
