Penyanyi Nubhan didakwa pernah melafazkan talak pertama terhadap isterinya, Dr. Afifah Hidayah pada tahun 2017, dan prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Sepang hari ini melibatkan lafaz penceraian kedua.
Menurut peguam yang mewakili Afifah, Datuk Akberdin Abdul Kader, pasangan berkenaan telah merujuk semula dalam tempoh iddah selepas lafaz pertama, namun rujuk itu tidak pernah didaftarkan secara rasmi.
Hari ini merupakan tarikh sebutan pertama bagi permohonan plaintif, iaitu suami kepada anak guam saya. Beliau memohon untuk mengendors dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk.
Rupanya, pada tahun 2017, dia pernah melafazkan cerai sekali, tetapi telah merujuk semula dalam tempoh yang singkat. Namun, perkara itu tidak pernah didaftarkan, termasuklah rujuk berkenaan.
Dalam permohonan hari ini, dia memfailkan sekali dua lafaz talak iaitu talak pertama (pada 2017) dan talak kedua (pada Ogos).
Datuk Akberdin menjelaskan bahawa mahkamah akan menentukan sama ada kedua-dua lafaz talak itu akan didengar serentak atau diselesaikan secara berasingan.
Jadi, hakim akan memutuskan sama ada ingin mendengar kedua-dua pengesahan sekaligus, atau menyelesaikan dahulu isu talak pertama dan rujuk itu, sebelum mendengar pengesahan talak kedua.
Beliau menambah bahawa mahkamah kini akan meneliti niat sebenar Nubhan ketika melafazkan cerai berkenaan serta kesahihan lafaz yang dibuat di luar mahkamah.
Biasalah, apabila lafaz dibuat di luar mahkamah, punca sudah tidak relevan lagi.
Mahkamah hanya akan meneliti sama ada lafaz cerai itu dibuat dengan niat, dalam keadaan waras, tanpa paksaan atau ugutan.
Secara asasnya, itu faktor utama yang akan dilihat oleh mahkamah. Jika disabitkan, maka jatuhlah talak dua.
Tambahnya lagi, Nubhan juga bakal dikenakan denda kerana melafazkan cerai di luar mahkamah, seperti prosedur biasa dalam kes sebegitu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.